Isnin, 31 Disember 2012

Rabu, 12 Disember 2012

12.12.12

12.12.12...tarikh ini akan berlalu pergi selepas beberapa minit lagi..Apa yang berlaku pada tarikh ini dalam kehidupan anda semua?Bagi saya..tiada apa yang menarik pun..biasa jer, Bagi kamu yang mengalami peristiwa bersejarah...tahniah utk yg mengembirakan, takziah bagi yang menyedihkan.Tapi ini bukanlah tahun akhir untuk tarikh yang cantik ni..ada lagi tahun depan..11.12.13..kan cantik jugak tu kan?? mane tau say berkahwin pada tahun tu plak..hehehehe...Kalau dh jodoh..maka benarlah dia kan...hehehehe..Namun walau apepun tarikh yang dilalui..semuanya akan menjadi kenangan serta peristiwa dalam kehidupan kita.Untuk generasi akan datang,maka kongsikanlah apa yang kita lalui ini agar ia tidak telan dek zaman.Ada yang kata..tahun ni last..kiamat akan menjelma..Kita bukan Tuhan,hanya Dia yang mengetahui segalanya.Yang penting teruskan kehidupan..jangan lalai..lakukan sebanyak kebaikan dan hindari melakukan kejahatan .Maka sejahteralah hidup kita semua.

HOT!! Video Apabila PSY GangNam Style Bergabung De...

 Video Apabila PSY GangNam Style Bergabung De...: Memang terbaik la gabungan dua penghibur. apa kata kita layan video gabungan dua otai ni. Memalam rilek, layannn saja.. ...

TERKINI!! BEKAS PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA MENINGGAL DUNIA...

 TERKINI!! BEKAS PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA KE...: BESUT - Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, 80, meninggal dunia di Hospital Selayang, Selangor kira-ki...

Selamat Hari Keputeraan Sultan Selangor yg ke 67

Daulat Tuanku..Daulat Tuan ku..Daulat Tuanku...

Hari ini 11.12.2012 adalah hari keputeraan beliau,sesungguhnya ramai jugak rakyat jelata yang telah pergi ke Jamuan Khas Diraja tadi termasuk saya.Apa yang saya boleh rumuskan..majlis ini sangat simple and bersahaja.Kemesraan dan keikhlasan hati seorang Sultan jelas terpancar apabila beliau bersalam salaman dengan rakyat jelata.Senyuman,renungan beliau sangat biasa pada pendapat ku.Saat aku mencium tangan beliau, Hati aku sangat berdebar2 kerana takut melanggar adat.Namun wajah dan reaksi beliau sangat bersahaja apabila dia berhadapan dengan kerenah rakyat jelata yang kebanyakan nya tidak berapa tau tentang undang2 istana.

Sepanjang aku berada di Majlis itu, aku mendapati bahawa hampir kesemua hadirin disana ingin melihat sultan mereka dengan lebih dekat lagi disamping menikmati juadah yang enak2.Namun ada yang agak menduka cita kan aku, apabila.. ada segelintir mereka yang tidak menghormati majlis dangan melanggar beberapa undang2 protokol istana.Nasib baiklah pegawai2 pengiring dan yang bertugas tidak terlalu garang dan menunjuk kuasa.Ada elemen santai jugak dalam majlis ini.

Apa pun...Daulat Tuan ku..Patik mengucap terima kasih kerana Tuan ku sudi meluangkan masa Tuanku untuk bersama rakyat jelata di Hari Keputeraan Tuanku..Semoga Allah mengurniakan kesihatan yg baik dan memanjangkan lagi usia Tuanku serta dapat membimbing negara ini agar terus aman,adil dan sejahtera.



Semoga juga, istiadat seperti ini dapat dikekalkan turun temurun agar generasi akan datang nanti tidak pernah lupa adat melayu kita yang penuh kesopanan dan tata susila walaupun berada di zaman yang semakin moden dan maju.

Khamis, 6 Disember 2012

MMI : MENARIK Psy Gangnam Style Bakal Di Cabar Si Katak ...

MMI : MENARIK Psy Gangnam Style Bakal Di Cabar Si Katak ...: Siapa pula si katak Ribbit ni ? Apa kena mengena dia dengan Psy Gangnam Style tu ? Hehe terbaiklah , MMI seperti biasa memang cukup suk...

APA YANG TERCATIT DI AL-QURAN SUDAH DITEmui...

Pendang Kini!!: GEMPAQ !! APA YANG TERCATIT DI AL-QURAN SUDAH DITE...: Setelah pelbagai usaha dilakukan dengan menggunakan satelit dan komputer dua tahun yang lalu para saintis berjaya mendapatkan gambar yan...

MIZZ NINA DI ROMPAK SEMALAM !!

GEMPAQ !!! MIZZ NINA DI ROMPAK SEMALAM !! APA CERI...: Gempar berita tentang isteri kepada Noh kumpulan Hujan si Mizz Nina kena rompak pagi semalam. Dikhabarkan seorang lelaki menaiki motosi...

Sabtu, 1 Disember 2012

Jodoh selepas kecewa.

ANTARA SEBAB ALLAH MENEMUKAN KITA DENGAN ORANG YANG SALAH |

 Ok, anda pernah kecewa kerana cinta? Ditinggalkan kekasih? Ini mungkin jawapan kepada yang berlaku kepada anda..
1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.
 
2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.
3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.
5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan…
6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.
8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.
Wahai sahabat dan diriku yang kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya..
Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan perintahNya, dan meninggalkan laranganNYA..
PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA

Penemuan Terowong Misteri di Palekbang.

SERIUS : PENEMUAN TEROWONG MISTERI BAWAH TANAH DI PALEKBANG, KELANTAN | Anda semua sudah pasti tertanya-tanya apakah sebenarnya yang berlaku di sini kerana ia masih lagi belum mendapat perhatian media setakat ini. Ada juga sumber menambah bahawa terowong ini dikatakan sepanjang 100 kilometer. Persoalannya di sini, bagaimana terowong ini boleh ditemui dan apakah misteri disebaliknya? Kesahihannya masih belum dipastikan lagi. Ikuti ulasan di bawah ini.
terowong misteri
Melalui perkhabaran yang diterima, terowong ini pada mulanya dijumpai oleh beberapa pekerja kontraktor ketika kerja-kerja pembinaan dijalankan disana..Dikatakan terowong Palekbang Tumpat yang dijumpai ini mungkin mengubah landskap sejarah yang tidak pernah terungkai selama ini dan masih menjadi misteri.
Masyarakat sekitar kawasan Palekbang Tumpat dan Kelantan khususnya yang mengetahui tentang terowong bawah tanah ini dikatakan mula menjenguk tempat penemuan terowong yang mungkin dibina telah lama dahulu tapi tidak diketahui sebelum ini..
Pihak berkuasa tempatan, polis, tentera mula mengawal rapi tempat penemuan terowong purba misteri yang ditemui di sana buat masa ini..
Melalui info yang diterima terowong Palekbang Tumpat, Kelantan ini dikatakan:
Merentasi Sungai Kelantan (panjangnya dikatakan hampir 100km)
Sebagai kubu bawah tanah yang pernah digunakan oleh tentera Jepun dahulu
Kota purba Raja Siam yang mengandungi harta karun
Tempat simpanan emas yang digunakan oleh kerajaan melayu purba

Dikatakan pihak bomba Malaysia masih lagi menjalankan kerja-kerja menyedut air untuk dikeluarkan dari terowong tersebut bagi memudahkan kerja-kerja dijalankan oleh pihak bertanggungjawab ketika ini..
Pihak dari Jabatan Arkeologi hanya dapat memasuki sebahagian sahaja dalam terowong tersebut kerana laluan terowong ini di penuhi air..
Dijangkakan juga kepanjangan terowong ini boleh mencecah hingga ke Tak Bai, Siam..
 Sumber daripada : FB Kelab Pencinta Sejarah Kelantan
1. Terowong Bawah Tanah yang dipercaya dijumpai oleh kontraktor ini adalah kawasan “pat dahat”..dimana terowong ini digunakan oleh sebilangan tentera jepun untuk menyerang tanah melayu kelantan..melalui bawah terowong ini juga, tentera jepun membawa segala peralatan perang dan radar serta harta untuk ke sesebuah markas. Tetapi tentera jepun bukan keseluruhan melalui kawasan “pat dahat” itu..pada masa ini kawasan dan persekitaran terowong seluas “pintu rumah” dan keadaan geografi pada tahun 1930-1945 tidak seperti hari ini. KPSK menggambarkan “pat dahat” daripada sumber yang pernah bekerja di lapangan terbang Lalang Luas, Machang dan Gong Kedak. Jadi apa yang kita lihat hari ini mungkin bukan pintu utama nak masuk ke dalam terowong. Sebab ada yang pernah masuk dalam terowong seperti ini di Gong Kedak pada tahun 1970an akhirnya keluar dalam keadaan mendukacitakan.
2. Sebab ambo pernah kato di KPSK bahawa suatu ketika dahulu Kelantan ni pernah berlaku satu peristiwa di mana “ghaibnya” kerajaan Chermin, “ghaibya” kerajaan Cik Siti Wan Kembang, “ghaibnya” kerajaan Raja Kumar di Pulau Sabar ( sejajar dengan Palekbang hari ini, lokasi sudah jadi Sungai Kelantan separuhnya ) adalah kesinambungan gapo berlaku hari ini..Palekbang hari ini adalah asalnya separuh Kerajaan Kelantan Purba..Kerajaan Raja Kumar di Pulau Sabar dan segala harta jepun di bawa dari markas utama dan sementara Siam ke Tanah Melayu xkan bawok naik kapal laut..mesti melalui darat..ko guana..??? tepuk amai amai belalang kupu kupu..tepuk ramai ramai nanti antara kita dapat tahu.
3. Jadi xhairanlah kalu Palekbang ni ada kontraktor napok lubang dale air..dan dalam lubang tuh penuh dengan air..dan bomba pun sedup nak suruh kering air, nak masuk dale lubang nak cari “pade bola”, logik ko akal dale terowong ada pade bola..semuanya bare mistik belako..lagumana kalu lube ni ada arus sapa ko Kuala Takbai..????xkan nak suruh kering air dale tuh, amik masa belako tuh..kemungkinan kebangkitan kerajaan 2 raja bersaudara akan timbul dale masa terdekat..
Sumber daripada: FB This is Kota Bharu
Kawasan larangan di Palekbang dimana tempat dikatakan terdapat penemuan sesuatu yang misteri di tapak bersejarah bekas pelabuhan Palekbang. Kelihatan kerja-kerja membersih giat dijalankan oleh beberapa orang petugas . Sementara di kawasan lapang berhampiran pam pasir Hj. Manaf kelihatan lebih sepuluh orang berkhemah dan mungkin sedang merancang sesuatu.
terdapat sebuah lubang yang kelihatan agak dalam seperti sebuah telaga lama atau terowong yang sebelum ini mungkin tertimbus .
Apapun tempat tu dapat dilihat dengan mata sendiri petang ni. Yang perlu dikorek bukan sekadar terowong tetapi juga sejarah masa silam Palekbang yang suatu ketika dulu dikhabarkan pernah menjadi sebuah bandar pelabuhan.

Mungkin jawapan tepat boleh diberikan oleh penduduk sekitar kawasan tersebut atau tunggu sehingga penemuan terowong Palekbang Tumpat, Kelantan ini diumumkan secara rasmi oleh pihak bertanggungjawab..Apapun kita tunggu dan lihat.