Rabu, 12 Disember 2012

Selamat Hari Keputeraan Sultan Selangor yg ke 67

Daulat Tuanku..Daulat Tuan ku..Daulat Tuanku...

Hari ini 11.12.2012 adalah hari keputeraan beliau,sesungguhnya ramai jugak rakyat jelata yang telah pergi ke Jamuan Khas Diraja tadi termasuk saya.Apa yang saya boleh rumuskan..majlis ini sangat simple and bersahaja.Kemesraan dan keikhlasan hati seorang Sultan jelas terpancar apabila beliau bersalam salaman dengan rakyat jelata.Senyuman,renungan beliau sangat biasa pada pendapat ku.Saat aku mencium tangan beliau, Hati aku sangat berdebar2 kerana takut melanggar adat.Namun wajah dan reaksi beliau sangat bersahaja apabila dia berhadapan dengan kerenah rakyat jelata yang kebanyakan nya tidak berapa tau tentang undang2 istana.

Sepanjang aku berada di Majlis itu, aku mendapati bahawa hampir kesemua hadirin disana ingin melihat sultan mereka dengan lebih dekat lagi disamping menikmati juadah yang enak2.Namun ada yang agak menduka cita kan aku, apabila.. ada segelintir mereka yang tidak menghormati majlis dangan melanggar beberapa undang2 protokol istana.Nasib baiklah pegawai2 pengiring dan yang bertugas tidak terlalu garang dan menunjuk kuasa.Ada elemen santai jugak dalam majlis ini.

Apa pun...Daulat Tuan ku..Patik mengucap terima kasih kerana Tuan ku sudi meluangkan masa Tuanku untuk bersama rakyat jelata di Hari Keputeraan Tuanku..Semoga Allah mengurniakan kesihatan yg baik dan memanjangkan lagi usia Tuanku serta dapat membimbing negara ini agar terus aman,adil dan sejahtera.



Semoga juga, istiadat seperti ini dapat dikekalkan turun temurun agar generasi akan datang nanti tidak pernah lupa adat melayu kita yang penuh kesopanan dan tata susila walaupun berada di zaman yang semakin moden dan maju.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan