Selasa, 15 Januari 2013

Video perbahasan antara Bawani dan Miss Sharifah

WaveX Rider: Video perbahasan antara Bawani dan Miss Sharifah



Setelah di tonton video selama 12 minit ini, apa yang saya dapat merumuskan kat sini,sepatutnya speaker itu lebih bersensetif dan lebih peka dlm situasi ini,Dia sepatutnya lebih berfikiran terbuka dansepatutnya lebih bersikap terbuka untuk menerima pendapat mahasiswa tersebut,bukan untuk besikap menjatuhkan,menolak bulat2 idea yang disuarakan ...Sebagai speaker yang lebih berpengalaman ..sepatutnya beliau lebih arif dalam hal sebegini, mengapa terlalu emosi dalam memperdebatkan hujah hujah balasan dari mahasiswa tersebut,

Dan kepada mahasiswa yang lain, mengapa anda semua hanya boleh berdiam diri membela rakan anda yang sedang dimalukan dan yang sedang memerlukan semangat setiakawan sesama mahasiswa?Mungkin speaker itu terlalu ghairah untuk membidas serta terlalu asyik untuk menjatuhkan mahasiswa tersebut tetapi kepada rakan2 yang dalam keadaan sedar, mengapa tidak bangun untuk tampil bersuara tujuan asal dalam hujah debat mahasiswa 2013 itu.

Di dalam situasi itu juga, saya dapat melihat keduanya begitu bersemangat untuk memperjuangkan hak masing masing namun ia berbeza pendapat. Walaupun hujah2 dari mahasiswa ada yang agak keterlaluan dan bersifat kurang sopan tetapi sebagai pelajar ,kesalahan itu dapat dimaafkan kerana ilmu didadanya belum mencukupi.Keberanian dia bersuara boleh dikagumi kerana dia berani menempuh apa yang bakal dihadapi, tetapi yang saya tak boleh terima adalah sikap speaker itu sendiri..seorang yang sepatutnya lebih berpengaLAMAN dan sepatutnya lebih arif dalam menangani situasi itu dengan baik dari beremosional.

Saya berharap agar speaker tersebut dapat memohon maaf secara terbuka kepada mahasiswa tersebut bagi menjernihkan lagi situasi tersebut.Sebagai yang lebih profesional, beliau harus bersikap terbuka dan mengakui kesalahan serta ketelanjuran kata semasa berucap.Ingat pelajar kita inilah harapan bangsa dan pengerak generasi masa depan nanti, kalau kita tak bimbing mereka dengan baik maka punahkah generasi akan datang nanti.
 NO BODY PERFECT...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan