Rabu, 13 Februari 2013

1 Bangsa..1 Negara..sayangi Agama kita...




Bila tengok video ini,hati saya terusik dengan kewibawaan anak melayu yang begitu gigih mempertahankan hak melayu.Saya tahu video ini disiarkan oleh parti sebaliknya yang cuba menjatuhkan dan melagakan sesama kita.Perkauman ini adalah satu isu yang sangat sensetif.Kita sentiasa cuba mempertahankan hak sesama kita tidak kira apa jua bangsa kita.Namun, apabila berada di satu negara..seaman negara kita yang dipanggil MALAYSIA..seharusnya kita bersatu padu untuk berganding bahu untuk bersama membangunkan negara kita supaya lebih maju dan setanding dengan negara kuasa besar yang lain.Jangan lah kita sesama kita bergaduh..sekiranay isu dalam negara pun porak peranda macam mana kita nak bersatu sebagai 1 negara... Setiap dari kita harus ada sifat hormat menghormati sesama sendiri,Jika tiada perasaan hormat itu..maka punahlah semuanya.Semangat cintakan negara,budaya dan bangsa juga perlu ditanamkan dalam diri kita.Jika kita tak bela bangsa kita..tidak kira apa jua kaum..bagaimana generasi akan datang nanti?Bagaimana nasib anak cucu kita pada masa akan datang nanti?Jangan lah kita mudah lupa asal usul kita..berpijak pada bumi yang nyata.Sayangi agama kita..Jika kita sentiasa bersatu, maka aman seamannyalah negara kita.

Bagi yang mengenali saya dengan lebih rapat, tentu anda semua faham maksud saya dan mengenali kaitan video itu dengan kehidupan saya.Perak adalah negeri ku...Saya anak Perak dan saya sayang kampung saya...

Penulisan ini bukan hanya ditujukan pada kaum melayu sahaja..tetapi kita harus hormat menghoirmati vsemua kaum yang ada dinegara kita.Apapun kite tetap berada dalam 1 negara.Tidak kira apa pun warna kulit dan warna bendera kita..Bersatu padu ,hormat menghormati sesama kita adalah penyelesaian segala permasalahan ini.

Video atas: saya sayang semua dan Tettttttt...... :)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan