Sabtu, 2 Mac 2013

saksi lahad datu


Setelah mengikuti 'thread' dari mula keluar sampai hari ni, aku nak kemukakan satu rumusan yang pada analisa aku adalah seperti berikut;

1) Kedatangan puak ni ke Lahad Datu adalah untuk melawat Ahmad Malandi @ Mat Bom yang sedang sakit dan bukan bertujuan untuk berperang. (Ada laporannya pada post pertama dulu)

2) Kebanyakannya yang datang bersama-sama Haji Musa @ besan Mat Bom adalah para oportunis dan pengiring yang punya sedara mara di Kampung Tanduo.

3) Mereka mungkin dijanjikan (laporannya ada dalam post awal dulu) oleh samaada Haji Mussa atau Mat Bom bahawa sebelum mati Mat Bom akan membuat pembahagian tanah milik beliau (yang tuntutunnya telah kalah di mahkamah sebagaimana dalam post the_killer_ash)

4) Mat Bom dan anaknya telah menipu Haji Musa dan suku sakat Sultan Sulu bahawa beliau telah berjaya dalam tuntutan keatas tanah Felda dan mengundang sedara-mara dan suku sakat Sulu untuk menandakan plot tanah bahagian masing-masing.

5) Tujuan asal Mat Bom dan anaknya Mohd Ali mengarahkan suku sakat Sultan Sulu dan Haji Musa datang bersama-sama pengawal bersenjata adalah untuk menggertak pihak berkuasa Felda.

6) Besar kemungkinan bahawa anak Mat Bom (Mohd Ali) dan Mat Bom sendiri telah menipu Haji Musa dan menyuruhnya memberitahu suku sakat Sultan Sulu bahawa tuntutun keatas tanah Felda (dulunya tanah milik Kesultanan Sulu) telah berjaya (sebab tu Sultan Sulu berkeras bahawa tanah tersebut adalah hak milik beliau) dan enggan keluar dari situ.

7) Setelah tembelang Mat Bom dan anaknya Mohd Ali pecah, puak ni mula bergaduh sesama sendiri dan menyalahkan satu sama lain. Tak diketahui siapa yang telah mati tertembak, mungkin Haji Musa, atau Mat Bom atau Mohd Ali.

8) Ianya tiada kaitan pencerobohan kedaulatan Malaysia sebab tu ianya lebih banyak dikendalikan olih pihak Polis Sabah sahaja.

9) Ada dalam post yang lalu menyatakan bahawa kedatangan puak ni ke Lahad Datu adalah untuk melawat saudara yang sedang sakit dan ada pihak yang menjanjikan tanah kepada mereka. Biasalah kat Malaysia pun kalau ada cerita pasal ceroboh/pembukaan tanah baru, orang akan datang/serbu ramai-ramai.

10) Kunjungan puak ni nampaknya tiada kaitan dengan politik di Malaysia sama sekali.

11) Tindakan lambat diambil keatas mereka kerana kebanyakan yang datang tu berkemungkinan besar memiliki saudara-mara di Lahat Datu (ada dalam post yang lepas) dan kita lebih bersifat berperi kemanusiaan.

12) Besar kemungkinan adik sultan sulu dah termalu sebab diklentong oleh Mat Bom dan anaknya Mohd Ali, telah memberitahu cerita sebenar kepada abangnya (Sultan Sulu) dan Sultan Sulu dah termalu, maka mengerahkan adiknya agar jangan balik selagi tak dapat geran tanah dan mula mereka-reka cerita tentang tuntutun keatas Sabah.

13) Media arus perdana tak berminat membesarkan cerita 'rombongan melawat saudara yang sedang sakit) ni sebab tiada unsur-unsur untuk 'menceroboh' dan 'berperang' pada mulanya.

14) Pihak tentera tidak mengambil tindakan 'menghapuskan' mereka kerana tujuan asal puak ni adalah untuk melawat saudara yang sedang sakit.

15) Dalam post asal ada menyatakan bahawa Haji Musa adalah orang kanan adik Sultan Sulu, oleh itu, menjadi kebiasaan "aku nak melawat besan aku kat Lahat Datu, ko nak ikut tak?" (besan aku kan member ko jugak, kan ke masa aku kawinkan anak aku dulu ko dan abang ko ada datang meraikan sama).

16) Dalam post awal ada menyatakan kebanyakan ahli rombongan yang bersenjata adalah anggota MNLF. (biasalah askar, takkan nak tinggalkan senjata, itukan kebanggan mereka).

17) Besar kemungkinan anggota rombongan yang bersenjata ni juga adalah kawan-kawan ataupun orang-orang yang pernah dibantu oleh Mat Bom ataupun mereka merupakan pengikut Haji Musa ataupun pengiring kepada adik Sultan Sulu.

18) Kesimpulannya, mereka-mereka (penceroboh) ini telah ditipu oleh sesaorang (besar kemungkinan Mat Bom) dan orang yang menipu mereka telah memberitahu mereka bahawa Kerajaan Malaysia telah enggan menyerahkan tanah yang telah dijanjikan kepada orang yang telah menipu mereka yang juga telah menjanjikan tanah-tanah tersebut kepada mereka.

19) Sebenarnya mungkin tiada niat langsung kisah Sultan Sulu nak menuntut Sabah, tapi dek kerana dah tertipu oleh mamat ni (penipu yang telah menjanjikan tanah) maka kes ini dah menjadi semakin bercelaru dan Sultan Sulu sendiri pun dah mula bengong.

19) Disini nampaknya pihak kita lebih bersimpati kepada 'penceroboh' ini sebab telah kena tipu dan tak tergamak nak 'menghapuskan' mereka.

20) Kita tunggu episod akhir kepada 'pencerobohan' ini dan apa yang terjadi kepada Ahmad Malandi @ Mat Bom, anaknya Mohd Ali dan tak lupa juga Haji Musa (yang dah mati ditembak?) Dan siapakah orang yang telah menjanjikan tanah kepada 'pencdroboh-penceroboh' ini.

Kebiasaannya mereka akan cepat melenting tanpa berfikir panjang. Dalam kes Lahad Datu ini, mereka merasakan maruah dan perjuangan mereka untuk merasai "kesenangan hidup" sebagaimana yang dijanjikan oleh sipenipu telah dirampas oleh (didalam kes ini mungkin Felda atau kerajaan Malaysia).

Mereka tidak mahu mendapat malu bila pulang kekampung nanti kerana akan diketawakan orang kampung kerana telah ditipu bulat-bulat oleh seorang peneroka Felda.

Bayangkan perasaan seorang yang bertaraf "Tengku Mahkota" dan orang kanannya yang sudah barang tentu dihormati dan mempunyai pengikutnya sendiri, ditipu hidup-hidup oleh peneroka Felda, mana nak letak muka.

Korang bayangkan kalau terjadi kat korang, bila balik kampung, orang kampung/kawan-kawan tanya "dapat tanah?, berapa ekar? dapat duit? berapa guni? aku ingatkan dapat tanah kubur tadi, ke dapat duit ciinnaa sembahyang 3/4 guni!", fuh!...rasa-rasa mau tembak kepala sendiri, lebih-lebih lagi dalam keadaan mereka.

Kita boleh nampak di sini unsur-unsur 'Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan'














Tiada ulasan:

Catat Ulasan